Warga Ireland digesa kembali bekerja dari rumah, susulan peningkatan jangkitan kes COVID-19 dan kemasukan ke hospital di seluruh negara.

Perdana Menteri Ireland, Micheal Martin, berkata situasi semasa semakin ketara menunjukkan negara itu sedang berdepan satu lagi lonjakan penularan COVID-19.

Martin turut memaklumkan, pemberian suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 akan diperluas kepada semua individu mempunyai komorbid serta mereka yang berusia 50 tahun ke atas. Kadar kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital di Ireland pada minggu lalu adalah kedua tertinggi sepanjang tempoh tahun ini.

Keadaan itu berlaku walaupun Ireland merekodkan antara kadar vaksinasi yang tertinggi di dunia, dengan kira-kira 90 peratus penduduk 12 tahun ke atas sudah lengkap imunisasi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini