Perdana Menteri mengingatkan rakyat untuk tidak alpa walaupan kes baru COVID-19 mula menunjukkan penurunan sejak kebelakangan ini, berbanding puluhan ribu kes semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Semua rakyat, katanya  perlu menyedari situasi COVID-19 di Malaysia masih ‘belum pulih dan belum selamat’, walaupun jumlah kes baharu sudah berjaya diturunkan menerusi pelbagai kaedah termasuk vaksinasi dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi mengurangkan penularan jangkitan baru.

Pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) khususnya pemakaian pelitup muka dan tidak berada dalam kawasan sesak perlu terus dipraktikkan terutamanya selepas Kementerian Kesihatan  mengesahkan kes kedua varian Omicron di Malaysia, baharu-baharu ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini