Rakyat Mexico menyerbu pusat vaksinasi pada musim cuti susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di negara itu.

Timbalan Setiausaha Kesihatan Hugo Lopez Gatell mengakui kemungkinan berlakunya gelombang keempat jangkitan melanda negara itu.

Sehingga Isnin lalu , terdapat 3.951 juta kes COVID-19 di Mexico dengan 298,777 kematian dicatatkan.

Sejak permulaan kempen vaksinasi kebangsaan, 88 peratus warga berusia 18 tahun ke atas telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Bagaimanapun pihak kerajaan menjangka  kadar kemasukan ke hospital yang rendah kerana keberkesanan vaksin.

Sehingga kini, 42 kes varian Omicron COVID-19 telah dikesan di Mexico. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini