Ratusan pelajar sekolah berarak di Chicago, Amerika, Syarikat bagi mendesak pihak berkuasa menetapkan sesi pembelajaran dilaksana secara dalam talian.

Kumpulan pelajar itu berpendapat, pembelajaran dalam talian perlu dibuat dengan mengambilkira peningkatan kes OMICRON COVID-19 di negara itu.

Pelajar di Chicago kembali ke sekolah pada Rabu lalu selepas seminggu sesi persekolahan dibatalkan berikutan kekeliruan mengenai SOP COVID-19.

Secara keseluruhan, kira-kira 5,000 sekolah di Amerika Syarikat ditutup sekurang-kurangnya sehari pada minggu ini disebabkan kes jangkitan COVID-19.

Gelombang baharu penularan varian Omicron mencetuskan polemik mengenai keperluan membuka sekolah untuk sesi pembelajaran bersemuka.

Ketika ini, negara itu masih merekodkan kes harian sekitar 800,000.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini