Filipina akan memperluaskan sekatan di Manila berkuat kuasa hari ini hingga pertengahan bulan ini, akibat peningkatan kes COVID-19.

Ini termasuk penularan varian Omicron dalam kalangan penduduk tempatan.

Jurucakap presiden, Karlo Nograles berkata, wilayah Bulacan, Cavite dan Rizal kini diletakkan dibawah amaran ketiga tertinggi.

Restoran, taman, gereja dan salun kecantikan dibenarkan beroperasi dengan kapasiti rendah.

Manakala kelas persendirian termasuk sukan bersentuhan digantung sementara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini