Sektor pelancongan global mencatatkan kerugian  $2 trilion tahun ini ekoran penularan pandemik Covid-19.

Organisasi Pelancongan Dunia PBB (UNWTO) berpangkalan di Madrid meramalkan sektor itu bakal berhadapan cabaran sukar untuk kembali pulih.

Ketibaan pelancongan antarabangsa tahun ini akan kekal di bawah lingkungan 70 hingga 75 peratus.

Bilangan itu lebih rendah daripada 1.5 bilion ketibaan yang direkodkan pada 2019 iaitu ketika sebelum di badai pandemik.

Perkembangan dari negara Eropah yang sedang bergelut semula dengan lonjakan jangkitan, diburukkan lagi dengan varian baharu, Omicron bakal memperlahankan lagi pertumbuhan sektor itu.

UNWTO menjangkakan meskipun ada promosi pelancongan , namun ia mungkin tidak akan mempengaruhi prestasi sektor itu  tahun depan.

Pelaksanaan sekatan baharu dan perintah berkurung di beberapa negara akan menyebabkan impak pemulihan sektor pelancongan tidak memberangsangkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini