Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sembilan kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, tiada kes kematian dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,818 orang, daripada 2.8 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Untuk rekod, kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 40,761 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 33,809 individu atau 82.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Sebanyak 2,775 kes dirawat di hospital dan 183 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini