Syarikat penerbangan Filipina (PAL), memfailkan permohonan muflis di Amerika Syarikat berikutan kemerosotan perniagaan disebabkan COVID-19.

Ketua Pegawai Kewangan PAL, Nilo Thaddeus Rodriguez berkata, langkah itu membolehkan syarikat penerbangan nasional Filipina itu menstruktur semula kontrak.

Selain mengurangkan hutang berjumlah AS$2 bilion dan memperoleh modal baharu sebanyak AS$655 juta.

PAL juga akan mengecilkan jumlah kakitangan sebanyak 25 peratus dan melaksanakan rundingan semula untuk mengurangkan pembayaran sewa.

Jumlah perjalanan udara PAL merosot 75 peratus daripada kira-kira 30 juta penumpang pada tahun 2019, kepada tujuh juta tahun lalu, akibat sekatan pandemik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini