Tempoh kuarantin COVID-19 di United Kingdom kini dipendekkan daripada tujuh hari kepada lima hari. Menurut Setiausaha Pendidikan UK Nadhim Zahawi, keputusan kerajaan itu diharap dapat membantu meringankan beban terhadap pekerja di beberapa sektor utama.

Ketika ini, mereka yang disahkan dijangkiti COVID-19 di negara itu perlu menjalani tempoh tujuh hari kuarantin sekiranya mereka disahkan negatif pada hari keenam dan ketujuh.

Nadhim menjelaskan keputusan dibuat berdasarkan kajian saintifik, dimana nasihat pakar diambil kira. Di London pada Jumaat, 200 anggota tentera termasuk 40 paramedik digerakkan ke hospital bagi membantu beban petugas kesihatan susulan kekurangan tenaga kerja akibat dijangkiti COVID-19.

Setakat 2 Januari lepas , seramai  39,142 petugas Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) dijangkiti COVID-19 , peningkatan sehingga 59 peratus berbanding minggu sebelumnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini