Tempoh pengasingan pesakit COVID-19 tanpa gejala di Amerika Syarikat (AS) dikurangkan kepada lima hari.

Ia dikurangkan daripada 10 hari sebelum ini susulan peningkatan kes jangkitan disebabkan varian Omicron di negara berkenaan.

Jelas Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, Rochelle Walensky, perubahan terbaru itu bagi membolehkan orang ramai meneruskan kehidupan seharian dengan selamat.

Cadangan dikemukakan CDC untuk tempoh pengasingan lima hari itu diikuti dengan lima hari memakai pelitup muka di tempat awam.

Garis panduan itu selaras trend majoriti penularan COVID-19 berlaku pada awal penyakit iaitu satu hingga dua hari sebelum simptom bermula.

Varian Omicron menyebabkan peningkatan kes di seluruh AS, kembali mengganggu aktiviti harian dan ekonomi global.

Lebih 200,000 kes harian direkodkan di AS sejak dua hari lalu yang menghampiri rekod pada Januari lepas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini