Kes kematian akibat Covid-19 di Terengganu mencatatkan peningkatan dalam tempoh tiga minggu kebelakangan ini. Sembilan kematian direkodkan semalam dengan masing-masing tiga di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, dua di Marang dan satu di Hulu Terengganu.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, sehingga kini 647 kematian telah direkodkan. Meskipun kes covid 19 tidak menunjukkan kenaikan, namun terdapat peningkatan kemasukan ke hospital. Beliau berharap masyarakat di Terengganu tidak mengabaikan aspek pematuhan SOP dan kawalan kendiri kerana ia merupakan kunci utama kepada penurunan kes covid 19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini