Pusat beli-belah di Bangkok telah dibuka kepada pengunjung.

Kerajaan Thailand melonggarkan syarat selepas menguatkuasakan sekatan pergerakan yang ketat sejak pertengahan Julai lalu.

Kelonggaran beroperasi turut merangkumi kedai gunting rambut, perkhidmatan urut, taman beriadah dan premis makanan.

Salah satu pusat beli-belah terkenal, Siam Mall, mula beroperasi dan dikunjungi orang ramai.

Tindakan kerajaan ini adalah untuk membaik pulih keadaan ekonomi semasa, khususnya sektor pelancongan yang paling teruk terjejas.

Negara itu mencatat 14,802 kes baharu dengan 252 kematian dalam tempoh 24 jam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini