Belum ada sekolah yang ditutup di Johor meskipun terdapat beberapa murid yang positif covid-19. Setakat ini, jangkitan yang berlaku masih dalam skala kecil, membabitkan beberapa pelajar di beberapa sekolah.

Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya, Mazlan Bujang berkata, tiada jangkitan berlaku dalam kalangan guru sekolah. Kehadiran pelajar juga berada pada tahap memuaskan. Beliau menghadiri sesi Taklimat Liputan Internet dan Telekomunikasi Bersama Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Johor di Auditorium Permata Sari, Johor Bahru Johor.  

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini