Seiring kadar vaksinasi global, banyak negara telah merekodkan penurunan kadar jangkitan dan kematian harian akibat COVID-19.

Angka kematian harian juga menunjukkan penurunan, iaitu 4, 441 kematian semalam berbanding 6,063 pada Ahad.

Amerika Syarikat, India dan Brazil masih kekal sebagai tiga negara paling terkesan dengan pandemik dari segi jangkitan dan jumlah kematian. Kumulatif kes global setakat semalam 257.8 juta dengan 5.15 juta kematian.

Sementara di Asia Tenggara, 26,076 kes baharu direkodkan setakat 8 malam tadi dengan Vietnam merekodkan 10,321 kes baharu.

Bagi jumlah keseluruhan kes pula, Indonesia kekal merekodkan angka tertinggi, iaitu 4.25 juta kes.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini