Varian baharu COVID-19, Omicron tersebar pada kadar yang sangat pantas berbanding varian sebelumnya.

Ia diakui Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang bimbang dengan risiko peningkatan mendadak virus tersebut.

Sehubungan itu ia mendesak negara-negara di dunia untuk bertindak segera bagi mengawal penularan serta melindungi sistem kesihatan.

Menurut Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, varian tersebut dilaporkan sudah berada di lebih 60 buah negara setakat ini.

Varian Omicron pertama kali dikesan di Afrika Selatan pada bulan lalu dan boleh melakukan banyak mutasi.

Tedros percaya, varian tersebut mungkin telah merebak ke lebih banyak negara walaupun ia masih belum dapat dikesan.

Beliau juga mengingatkan agar tidak mengambil mudah tentang varian tersebut walaupun ia tidak menyebabkan gejala yang teruk.

Ini adalah kerana bilangan kes mungkin sekali lagi menjejaskan sistem kesihatan yang tidak bersedia menerima jumlah pesakit yang terlalu ramai.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini