Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang memuktamad dokumen Analisis Kos Manfaat (CBA) untuk ratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Pengarah Kanan Bahagian Rundingan Strategik MITI merangkap Ketua Perunding bagi CPTPP, Arividya Arimuthu berkata, orang ramai akan diberi akses kepada dokumen berkenaan sebaik sahaja ia dimuktamadkan.

CPTPP adalah perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang memberi keutamaan kepada 11 negara anggotanya termasuk Malaysia.

Perjanjian itu telah berkuatkuasa di Australia, Kanada, Jepun, New Zealand, Mexico, Peru, Singapura dan Vietnam.

Malaysia bagaimanapun kekal sebagai negara penandatangan disamping Brunei dan Chile.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini