Usaha melengkapkan proses ratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) sedang dilakukan.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, proses itu dijangka akan dimuktamadkan selewatnya pada suku ketiga tahun 2022.

Jelas beliau, perjanjian tersebut dapat memberi akses pasaran lebih luas susulan pengurangan dan penghapusan duti import ke atas barangan eksport Malaysia.

CPTPP juga menyediakan pelbagai program bina upaya dan bantuan teknikal untuk industri tempatan.

Kelewatan dalam meratifikasi CPTPP akan menyebabkan Malaysia kehilangan peluang untuk mengetengahkan pendirian dan kepentingan negara di dalam rundingan kemasukan anggota baharu.

CPTPP telah ditandatangani oleh kesemua 11 negara anggota termasuk Malaysia pada 2018.

Perjanjian ini telah dikuatkuasakan Australia, Kanada, Jepun, New Zealand, Mexico, Peru, Singapura dan Vietnam.

Sebagai sebuah negara yang masih belum meratifikasi CPTPP, Malaysia hanya diberikan status pemerhati dan tidak mempunyai sebarang hak untuk menghalang apa-apa keputusan yang dibuat secara konsensus oleh lapan negara yang telah menguatkuasakan CPTPP.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini