Aksi kelayakan Piala Dunia Bola Sepak 2022. Cristiano Ronaldo kembali menyertai rakan sepasukan Portugal menjelang pertemuan menentang Ireland pada 2 September ini.

Ronaldo yang berusia 36 tahun boleh memecahkan rekod penyerang legenda Iran, Ali Daei dengan 109 jaringan antarabangsa pada pertemuan tersebut selain aksi persahabatan menentang Qatar selepas itu. Pemenang lima kali Ballon d’Or itu menyamai rekod jaringan Ali Daei ketika kejohanan Euro 2020 bertemu Perancis Jun lepas.

Pemain Juventus itu sekali lagi menjadi tumpuan apabila bersetuju kembali ke Manchester United dan ia diumumkan sendiri kelab berkenaan Jumaat lalu. Ronaldo dijangka akan kembali ke United bagi saingan berdepan Newcastle di laman sendiri 11 September ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini