Keadaan cuaca yang baik membolehkan penduduk terjejas banjir di Perak dan Kelantan pulang ke kediaman masing-masing.

Bilangan penduduk terjejas di Daerah Hilir Perak yang masih tinggal di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah itu semakin berkurangan.

Setakat jam pukul 1030 pagi hari ini, , bilangannya berkurangan kepada 99  orang daripada 25 keluarga, berbanding 153 orang dari 45 keluarga, semalam.

Dua  PPS, iaitu  PPS Dewan Bandaran Teluk Intan dan PPS Sekolah Datuk Abdul Rahman Talib dibuka mulai Ahad lalu bagi menempatkan mangsa banjir di sekitar Changkat Jong.


Banjir di Kelantan juga semakin pulih dengan jumlah mangsa menurun kepada 857 orang ,berbanding 978  petang semalam.

Semua mangsa membabitkan 276 keluarga itu kini berada di lima pusat pemindahan sementara  di Pasir Mas.

Keadaan cuaca di Kelantan juga dilihat semakin baik, pagi ini, dan lima PPS terbabit dijangka ditutup dalam masa terdekat. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini