Keadaan cuaca di Terengganu dijangka bertambah baik mulai hari ini. Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) Terengganu, Rosli Zakaria berkata, ramalan terkini menunjukkan tiada episod hujan lebat berterusan dijangka untuk beberapa hari yang akan datang.

Bagaimanapun, hujan pada sebelah pagi terutama di kawasan pantai masih boleh berlaku. Episod hujan lebat berterusan seterusnya dijangka bermula sekitar 9 Disember 2021. Sebelum ini MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk tahap jingga di Terengganu dan Kelantan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini