Susulan kebakaran di Bukit Keda, Kemangi, Baling  yang terbakar di bahagian puncaknya sejak dua hari lalu.

Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Kulim Penguasa Kanan Bomba II Rahimi Ali  berkata setakat pemantauan hari ini masih terdapat tompokan api kecil dan kelihatan asap dari bawah kaki bukit.

Pihaknya menggunakan kenderaan pacuan empat roda bagi membolehkan anggotanya mendaki bukit dan memasuki kawasan yang terbakar.

Terdapat kawasan yang sukar dimasuki berikutan kebakaran berlaku di cerun bukit.

Kemungkinan helikopter akan dikerahkan  untuk membantu kerja-kerja pemadaman esok.

Cuaca panas dan kering ketika ini  berisiko berlakunya kebakaran.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini