Gelombang haba melampau yang melanda India sejak beberapa minggu lalu turut menjejaskan populasi burung. Petugas di hospital haiwan memaklumkan berlaku peningkatan mendadak menyelamatkan burung yang jatuh ke tanah akibat keletihan dan strok haba.

Jumlah itu meningkat kepada 90 hingga 100 ekor setiap hari berbanding 25 hingga 30 ekor sebelum ini. Petugas Animal Aid Unlimited di bandar Udaipur, berkata burung menghadapi banyak kesukaran.

Antaranya dehidrasi, menyebabkan banyak burung mati termasuk anak burung. Sejak musim panas melanda pada Mac, beberapa kawasan di India mengalami gelombang haba melampau dengan suhu mencecah hampir 50 darjah Celsius di beberapa tempat di New Delhi dan Uttar Pradesh.

Jabatan Meteorologi India memaklumkan suhu yang dicatatkan pada Mac itu adalah paling tinggi pernah direkodkan dalam tempoh 122 tahun.           

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini