Harga sayur di Sarawak mengalami kenaikan sehingga 20 peratus terutama melibatkan sayur-sayuran yang diimport dari China.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP Sarawak memaklumkan, faktor utama kenaikan harga sayur import itu, berpunca daripada cuaca sejuk di negara tersebut yang menjejaskan tanaman sayuran terutama jenis berdaun.

Selain itu, kenaikan pertukaran mata wang dolar Amerika berbanding dengan Ringgit Malaysia turut menjadi faktor kenaikan harga sayuran berkenaan. Bagi sayur tempatan pula kenaikan 20 peratus melibatkan harga bagi sayur sawi, kacang buncis, kacang panjang dan cili.

Kenaikan berkenaan disebabkan musim tengkujuh ketika ini. Notis Pengesahan Maklumat Barangan dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011 telah diserahkan kepada pihak pemborong dan pengimport yang terlibat.

Pihak pemborong dan pengimport bagaimana pun memberi jaminan, bekalan dan harga sayur akan pulih seperti biasa pada penghujung bulan Disember selepas cuaca bertambah baik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini