Pantai Delray di selatan Florida, Amerika Syarikat mencecah cuaca paling sejuk dalam tempoh 12 tahun apabila mencatat 3 darjah celsius pada pagi Ahad.

Suhu sejuk luar biasa itu turut mengakibatkan tanaman dan haiwan menjadi beku. Warga Florida menemui beberapa haiwan seperti iguana, yang membeku di halaman rumah.

Pada masa sama, polis turut berkongsi beberapa tip keselamatan penting untuk orang ramai semasa mereka mengunakan alat pemanas di rumah.

Perkakas pemanas adalah punca utama kematian berkaitan kebakaran di Amerika Syarikat setiap tahun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini