Seorang anggota polis berpangkat sarjan dan tiga koperal ditahan sementara tugas mereka susulan kecuaian hingga menyebabkan Long Tiger, lari dari lokap Mahkamah Tangkak, 15 Disember lalu.

Tahanan sementara kerja mereka dilaksanakan sehari selepas insiden berlaku.

Datuk Ayob Khan berkata, ketika ini, siasatan terhadap empat anggota itu sedang dibuat dan laporannya akan diserahkan ke Bukit Aman untuk tindakan lanjut.
 
Mereka berusia antara 33 hingga 57 tahun.


 Sementara itu, tiga lagi individu melibatkan seorang pegawai kanan polis, anggota dan bekas polis dikenakan tindakan kerana bertindak membocorkan maklumat sulit siasatan.
 
Kes disiasat mengikut Seksyen 203 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini