Cuba menjadi negara pertama di dunia memberi vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak seawal usia dua tahun. Ia menggunakan vaksin keluaran tempatan yang tidak diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Cuba yang mempunyai 11.2 juta penduduk, menyasarkan untuk memberi vaksin kepada semua kanak-kanak sebelum sekolah dibuka semula. Sesi persekolahan dari rumah menerusi program televisyen bermula semalam di Cuba.

Jumaat lalu, negara itu mula memberi vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas. Golongan berusia 2 hingga 11 tahun pula menerimanya semalam di wilayah Cienfuegos. Kebanyakan sekolah di Cuba ditutup sejak Mac tahun lalu sebelum dibuka semula pada Disember dan ditutup kembali pada Januari tahun ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini