Di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, seorang warga Pakistan mengaku bersalah memberi rasuah kepada penjawat awam di Taman Perindustrian  Sinaran, Kluang,  November tahun lalu.

Dia dipenjara sehari dan denda RM10,000 atau  tiga bulan penjara jika gagal membayar denda.

Tertuduh dituduh memberi rasuah RM500 kepada Pembantu Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kluang sebagai dorongan tidak mengambil tindakan undang-undang kerana menggaji warga asing tanpa permit sah dan gagal menyediakan aplikasi mysejahtera di premisnya. Dia dituduh mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini