Cubaan 45 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke negara ini melalui Teluk Punggai, Kota Tinggi, Johor digagalkan Briged Ketujuh Infantri Malaysia, 7 Briged. Semua 33 lelaki dan 12 wanita itu berusia 17 hingga 56 tahun ditahan antara 11 malam semalam hingga 11 pagi tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, 3 Divisyen memaklumkan, ia melibatkan nilai rampasan lebih RM32,000. Semua PATI dibawa menjalani saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini