Jabatan Peguam Negara akan mengkaji cadangan mengeluarkan jenayah cubaan bunuh diri daripada Kanun Keseksaan. Ia antara lima perkara yang dipersetujui dalam mesyuarat antara Timbalan Perdana Menteri bersama 7 kementerian dan PDRM bagi mempertingkatkan tahap kesejahteraan mental dan membuang stigma masyarakat mengenai masalah kesihatan itu. Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyebut tiga lagi perkara diputuskan, adalah penerapan sistem nilai holistik dalam pelbagai aspek kehidupan selain mempertimbang cadangan agar Talian Kasih 15999 dan talian Befrienders tidak lagi dikenakan caj. Mesyuarat sama turut memutuskan akan menganjur kempen ‘Deklarasi Keluarga’ sempena Hari Kebangsaan dan mengisytiharkan bulan oktober sebagai bulan kesedaran nasional. Langkah proaktif itu dibuat susulan tindakan membunuh diri seorang remaja perempuan 16 tahun pada 13 Mei lalu selepas 69 peratus netizen mengundi ‘M’ di status Instagramnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini