Cubaan mengimport barang dagangan disyaki jenis aloi ‘Titanium Forgings’ berjaya digagalkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah Unit 2, Selangor. Timbalan Ketua Pengarah Kastam Penguatkuasaan dan Pematuhan, Datuk Abdul Wahabi Abdullah berkata barangan itu dianggarkan bernilai RM3.52 juta.

Rampasan tersebut dibuat menerusi pemeriksaan di hadapan sebuah gudang di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang pada 27 Oktober lepas. Ketika serbuan dijalankan, pihaknya memeriksa sebuah kontena dan menemukan 25,000 kilogram aloi tersebut. Bahan dagangan itu disyaki boleh digunakan untuk pembuatan komponen bagi peralatan ketenteraan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini