1,322 kilogram daun ketum yang cuba diseludup keluar daripada Malaysia ke Thailand melalui sempada negara berjaya dirampas.
 
Kejadian tersebut berlaku di trek menghala ke Batu Sempadan 29/190 sektor OP BENTENG kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia pada
petang Rabu lalu.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia menerusi kenyataannya memaklumkan pasukan ronda berjaya merampas 2 kenderaan jenis 4 by 4  dan 5 buah motosikal, matawang Malaysia dan Thailand, telefon bimbit dan sejumlah guni serta plastik hitam yang dipercayai daun ketum.
 
Jumlah rampasan dianggarkan melebihi 77,384.
 
Kesemua suspek bertindak melarikan diri ke arah hutan.
 
Kesemua barang rampasan dibawa ke Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan lanjut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini