Sebanyak 24,800 liter minyak diesel bernilai lebih RM45,000 dirampas dalam tujuh bot nelayan dipercayai untuk dijual kepada nelayan asing di perairan Sungai Geting, Kuala Takbhai di Tumpat.

Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Kelantan, Azanizam Affendi Juri, kesemua bahan disorok dalam tong menyimpan ikan yang diubahsuai menjadi tangki tambahan.

Katanya, rampasan itu dilakukan pihaknya bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor pada jam 7.30 malam. Pihaknya bertindak menahan kesemua bot untuk melakukan pemeriksaan selepas melalui pos kawalan.

Beliau berkata demikian di jeti markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor,Tumpat. Jelasnya, kesemua tujuh anak kapal warga tempatan mengakui membawa minyak diesel itu secara tidak sah.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. Turut disita 7 buah bot bernilai RM1.25 juta untuk tindakan lanjut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini