Cubaan dua lelaki menyeludup 45 ribu ekor benih udang kara berjaya dipatahkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Maritim Malaysia Zon Batu Pahat, Johor.Suspek berusia 24 dan 25 itu ditahan kelmarin.Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Othman berkata hasil pemeriksaan menemui 19 peti polisterin yang mengandungi 450 bungkusan benih udang kara berkenaan. Dianggarkan RM90,000 nilai rampasan termasuk sebuah bot yang digunakan untuk tujuan penyeludupan.
Kedua-dua supek dan rampasan dibawa ke Zon Maritim Batu Pahat untuk disiasat megikut Akta Kastam 1967 dan Akta Perikanan 1985.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini