Taktik penyeludup menggunakan lori syarikat perkhidmatan kurier untuk membawa cecair vape bernilai RM1.18 juta gagal. Tindakan itu berjaya dipatahkan anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) di Pos Simpangan, Tumpat.

Timbalan Komander Briged Tenggara PGA, ACP Hakemal Hawari berkata rampasan dilakukan oleh anggota yang menahan lori dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 34 tahun. Beliau berkata demikian pada sidang media di Markas Taktikal PGA Lubok Setol, Rantau Panjang.

Dalam pada itu, PGA8 turut merampas 8,800 unit rokok elektronik bernilai RM220,000 di kawasan Pangkalan Haram Pok Leh, Kampung Tualang, Tumpat. Barang rampasan kemudian diserahkan kepada pihak Kastam untuk disiasat dibawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini