Tindakan tiga sekawan menyeludup dadah di dalam bantal terbongkar apabila mereka ditahan di Sekatan Jalan Raya (SJR) Kem Semur, Jalan Gua Musang-Kuala Krai. Dua lelaki berusia 26 dan 27 tahun serta seorang ibu tunggal berusia 33 tahun ditahan oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pemeriksaan lanjut turut menemui dadah jenis lain seperti syabu, pil eramin 5, pil epam dan cecair ketum.

Katanya, hasil siasatan ke atas suspek mendapati bekalan dadah itu adalah dari Kota Bharu dan akan dipasarkan ke kawasan Selayang dan Kajang di Selangor. Kes disiasat mengikut Seksyen 39 B, Seksyen 39 A (2), Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 serta Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini