Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menggagalkan penyeludupan daun ketum ke negara jiran, Thailand melalui jalan laut pada kedudukan 2.0 batu nautika timur muara Kuala Kedah, Kedah, jam 1.40 pagi semalam.

Dua warga tempatan berusia lingkungan 30-an turut ditahan.

Mereka dipercayai diupah dengan bayaran sekitar RM700 bagi satu perjalanan.

Pengarah Maritim Kedah danĀ Perlis Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata daun ketum seberat 5 tan yang dirampas ditemukan di dua lokasi berasingan dalam jumlah 500 bungkusan plastik hitam.

Keseluruhan rampasan termasuk bot fiber serta dua enjin bot  dianggarkan bernilai RM1.08 juta

Harga pasaran daun ketum di Thailand  mencecah RM180 sekilogram berbanding pasaran tempatan RM40.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini