Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan tiga perkara berkaitan baki cuti penjawat awam yang bertugas di barisan hadapan. Ia berikutan kumpulan tersebut tidak dapat menghabiskan cuti rehat tahunan kerana tuntutan tugas sejak negara dikenakan perintah kawalan pergerakan (PKP) tahun lepas.

Presiden Cuepacs, Adnan Mat berkata, tiga perkara tersebut ialah, baki cuti tidak dilupuskan begitu sahaja dan boleh dikumpul sehingga tempoh lima tahun akan datang.

Pihaknya turut memohon supaya baki cuti boleh ditebus dengan tunai sebagaimana yang telah digunapakai Singapura selain cuti tersebut boleh disimpan dalam gantian cuti rehat (GCR) melebihi 15 hari seperti peraturan biasa. Langkah itu sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada mereka yang telah memberi perkhidmatan yang maksimum kepada rakyat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini