Pos Malaysia akan membuka kaunter bagi urusan memperbaharu Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) bermula 6 September ini.

Orang ramai boleh berbuat demikian secara jumpa terus di mana-mana cawangan Pos Malaysia seluruh negara.

Dalam kenyataan, Pos Malaysia menjelaskan bagi yang telah membuat janji temu untuk perkhidmatan pembaharuan Jabatan Pengangkutan Jalan, boleh memilih untuk meneruskan janji temu mengikut yang ditetapkan atau secara jumpa terus.

Semalam, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mengumumkan tempoh moratorium bagi pembaharuan LKM dan LMM dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini