Pengenalan Cukai Makmur kepada syarikat yang mencatat keuntungan luar biasa mampu meningkatkan keberhasilan negara sekaligus menyokong pembangunan.

Presiden Institut Percukaian Malaysia (CTIM), Farah Rosley berpendapat, langkah tersebut tidak membebankan syarikat terlibat kerana hanya dikenakan sekali untuk tahun taksiran 2022.

Menerusi Bajet 2022, kerajaan mengumumkan pelaksanaan Cukai Makmur sebagai sebahagian daripada langkah reformasi fiskal, bagi menyokong usaha pemulihan.

Cukai berkenaan tidak disasarkan kepada mana-mana sektor tertentu.

Sebaliknya dikenakan kepada syarikat bukan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mempunyai pendapatan bercukai melebihi RM100 juta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini