Polis Melaka berjaya menahan dua suspek kegiatan mencuri kabel telefon kecemaran (ETS) di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Ketua Polis Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, dua suspek berkenaan ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin setelah menerima laporan daripada Polis Bantuan PLUS yang ternampak dua lelaki mencurigakan di bahu jalan Kilometer 174.9 arah utara lebih raya itu.

Menurutnya, kedua-dua suspek itu sempat melarikan diri ke bukit berhampiran sebelum berjaya ditangkap 500 meter dari tempat kabel berkenaan. Kedua-dua suspek kini ditahan reman dan kes disiasat di bawah seksyen 379/511 Kanun Keseksaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini