Hanya 10 peratus daripada 1,284 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor dibenarkan bercuti ketika ini.

Bagaimanapun, arahan pembekuan cuti akan dikuatkuasakan sekiranya diperlukan terutama pada musim tengkujuh nanti.

Pengarahnya, Datuk Yahaya Madis berkata, langkah itu bagi memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada masyarakat ketika banjir.

Waktu bekerja giliran 12 jam juga akan diubah kepada 24 jam bagi menambah keanggotaan harian.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutupan Kursus Pengendalian dan Jurumudi Bot Sempena Bulan Kesiapsiagaan Banjir di Balai Bomba dan Penyelamat Muar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini