Penyelarasan cuti hujung minggu bagi Johor masih di peringkat kajian dan perbincangan, melibatkan pelbagai pemegang taruh.

Justeru, Kerajaan negeri tidak boleh membuat keputusan yang melulu selain perlu mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
 
Pada November 2013, Sultan Ibrahim menitahkan cuti hujung minggu negeri Johor ditukar kepada Jumaat dan Sabtu, berkuatkuasa 1 Januari 2014.