Kerajaan mempertimbangkan cuti khas kepada penjawat awam yang terlibat sebagai sukarelawan pasca banjir.

Menyatakan demikian, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Beliau berkata pemberian cuti itu akan membolehkan lebih ramai penjawat awam turun membantu operasi pembersihan selepas banjir.

Terutamanya di kawasan yang teruk terjejas dan memerlukan ramai tenaga kerja.

Menurut Tan Sri Mohd Zuki, pemberian cuti khas tersebut sama seperti yang diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa semalam.

Iaitu, cuti tanpa rekod diberikan kepada pegawai KKMM dan agensi yang menjadi sukarelawan Program Bantu Hingga Selesai anjuran kementerian itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini