Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui Bahagian Penguat Kuasa telah

mewujudkan Program Cyber Copyright Enforcement (CyCORE) bagi membanteras jenayah pelanggaran hak cipta filem digital atau cetak rompak film digital secara dalam medium internet.

Menterinya, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi menyatakan, program tersebut merupakan satu kaedah terancang dikususkan untuk penerbit atau pemilik hak cipta filem tempatan agar dapat bekerjasama dengan lebih 50 rakan strategik yang diseleraskan oleh kementerian dalam satu platform bagi mencegah kegiatan cetak rompak filem digital dalam talian.

Tambah beliau, ia akan dilaksanakan melalui kaedah tindakan sekatan laman sesawang dan penurunan kandungan yang menjadi kaedah paling pantas selain berksesan dalam melumpuhkan aktiviti pengedaran cetak rompak tanpa melibatkan institusi kehakiman.

Melalui program ini pemilik hak cipta akan diberi tunjuk ajar dan pemahaman berhubung dengan peranan mereka untuk membuat pengaduan dengan melaporkan terus pelanggaran hak cipta filem mereka kepada platform media sosial.

Dalam pada itu, KPDNHEP juga akan melaksanakan profiling jenayah kepada mana-mana pihak yang disyaki melakukan kesalahan pengedaran cetak rompak filem digital di bawah peruntukan Akta Hak Cipta 1987.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Majlis Aspirasi Tahun Baharu 2022 KPDNHEP yang diadakan di Putrajaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini