Hampir 73 ribu individu ditahan di seluruh negara sejak awal Januari hingga 16 Mei lepas kerana terlibat dengan dadah. Demikian kenyataan Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Kamarulzaman Mamat. Daripada 72 ribu 891 individu yang ditahan, seramai 67 ribu 887 adalah rakyat tempatan manakala 5 ribu 4 orang merupakan warga asing. Sejumlah 34 ribu 342 orang disahkan positif ujian air kencing, memiliki dadah (27 ribu 488 orang) manakala menyimpan bekalan dadah seramai 11 ribu 61 orang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini