Polis Pulau Pinang merampas dadah pelbagai jenis bernilai RM134,800 dan menahan tiga individu pada satu serbuan di Seberang Perai Tengah.

Hasil siasatan awal, kesemua bekalan dadah berkenaan adalah untuk pasaran tempatan.

Serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dengan kerjasama Balai Polis Bukit Tengah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang, ACP Mustafa Kamal Ghani Abdullah berkata, rampasan dadah berkenaan boleh dibekalkan kepada 68,842 penagih dadah.

Kesemua suspek ditahan reman dari 24 November hingga 30 November.

Ujian air kencing ke atas semua suspek didapati positif dadah dan turut mempunyai rekod lampau dadah dan jenayah.
 
Kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini