Khidmat anjing pengesan digunakan di Jeti Kuala Kedah bagi mengesan kemasukan dadah ke Langkawi.Pemeriksaan ke atas individu dan bagasi dalam feri penumpang ini dilakukan sejak dua hari lalu.Inisiatif dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Kedah bersama-sama Unit K9 dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah.Menurut Ketua Polis Langkawi, Supritendan Mohd Iqbal Ibrahim, dua ekor anjing pengesan dari IPD Sungai Petani digunakan menerusi operasi berkenaan yang akan dilakukan dari masa ke masa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini