Pelakon Sofi Jikan dijatuhi hukuman penjara setahun selepas didapati bersalah menggunakan dadah jenis ganja THC atau Tetra Hydrocannibol pada Februari tahun lalu.Keputusan itu dibuat Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Tertuduh juga diperintah menjalani hukuman penjara itu bermula semalam selain berada dibawah pengawasan AADK selama tiga tahun.Bagaimanapun, mahkamah membenarkan pelakon itu menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara tersebut dengan syarat perlu memfailkan permohonan notis rayuan.###

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini