Alasan ‘tidak tahu’ sering digunakan majikan terutamanya dalam kalangan peniaga yang tidak mendaftar serta mencarum buat pekerja mereka  melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Ia dikesan melalui Operasi Pengesanan Majikan dan Orang Bekerja Sendiri (Op Kesan) di sekitar Senawang.

Menurut Pengarah PERKESO Negeri Sembilan, Fuad Alias, setiap majikan yang menggajikan walaupun hanya seorang pekerja wajib mendaftar dengan PERKESO dalam masa 30 hari dari tarikh pekerja berkenaan diambil bekerja.

Kegagalan majikan mendaftarkan pekerjanya boleh dijatuhi hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tegas beliau lagi, pihak PERKESO juga akan mengesan dari semasa ke semasa individu yang terlibat industri e-hailing dan p-hailing yang masih gagal mendaftarkan diri.

Sebelum ini, PERKESO telah memberi tempoh pemutihan sepanjang Mei 2022 dengan membuka peluang kepada semua majikan yang layak mendaftarkan pekerja mereka. Sepanjang tempoh pemutihan, 224 majikan baharu telah tampil mendaftar di Negeri Sembilan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini