Daftar pemilih tambahan bulan Mei Tahun 2022 yang telah diperaku dan diwartakan, kini dibuka untuk semakan bagi tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 15 Julai.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan hari ini berkata, daftar pemilik tambahan itu mengandungi nama bagi 38,798 warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas bagi tempoh 1 hingga 31 Mei lepas yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.

Ia juga melibatkan 5,751 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 3,348 pemilih bertukar status atau kategori pengundi. Semakan boleh dilakukan melalui lima kaedah tertera.

Bagi mereka yang telah memohon namun nama tidak tersenarai, , tuntutan boleh dibuat dengan mengisi Borang C (tuntutan) melalui aplikasi dalam talian atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini